the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiket bas Seremban ke Pantai Timur laris, hampir 80% terjual

SEREMBAN: Tiket bas ekspres dari Seremban ke destinasi utama di Pantai Timur habis terjual sehingga 80 peratus sejak minggu lalu, bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Tinjauan Bernama di Terminal Satu (Terminal One) di sini mendapati tiket ke Kuala Terengganu dan Kelantan antara yang paling laris berbanding tiket ke destinasi utara, yang masih banyak belum terjual.

Menurut juruwang di kaunter tiket berpusat (CTS), Edith Patrict, 40, terdapat kira-kira 40 syarikat bas ekspres beroperasi di terminal itu, namun masih ada beberapa syarikat yang belum membuka jualan tiket sempena Aidilfitri.

“Mungkin seminggu sebelum raya akan ada pertambahan tiket. Kebiasaannya, syarikat akan menyediakan bas tambahan bagi perjalanan ke Pantai Timur, tetapi ia bergantung kepada permintaan,“ katanya kepada Bernama.

Edith turut memaklumkan bahawa terdapat kenaikan harga tiket bas ekspres pada tahun ini, sekitar 25 peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu, pekerja di kaunter tiket CTS, Rohayu Abdul Manaf, 56, berkata pihaknya hanya mengendalikan pembelian tiket secara berpusat dan tidak terlibat dalam operasi perjalanan bas ekspres.

Beliau berkata harga tiket bagi perjalanan dari Seremban ke Kuala Terengganu kini dijual antara RM88 hingga RM90, berbanding hanya sekitar RM67 tahun lalu.

“Kami dimaklumkan bahawa kenaikan harga ini mungkin disebabkan oleh peningkatan kos pengoperasian dan penyelenggaraan bas. Walaupun harga tiket naik, orang ramai tetap membeli, terutama untuk pulang beraya,“ katanya yang telah bekerja di terminal itu selama dua tahun.

Menurutnya, kebanyakan pelanggan membeli tiket lebih awal secara dalam talian kerana lebih banyak diskaun ditawarkan.

Seorang penumpang, Nurasyikin Abd Malek, 21, berkata dia telah membeli tiket pulang ke kampung sejak pertengahan Februari lepas bagi mendapatkan harga lebih murah.

“Saya beli tiket bas balik raya ke Pengkalan Chepa, Kelantan secara dalam talian dengan harga lebih murah, iaitu sekitar RM65 untuk perjalanan pergi dan RM55 untuk balik.

“Sebagai pengguna, kita perlu bijak membandingkan harga tiket yang ditawarkan di laman web. Beli secara dalam talian lebih menguntungkan kerana terdapat banyak diskaun atau mata ganjaran yang boleh ditebus untuk harga tiket lebih rendah,“ katanya yang dijadual pulang dua hari sebelum raya.

Seorang pekerja swasta, Zakaria Harun, 37, pula berkata beliau membuat persiapan lebih awal dengan membeli tiket untuk pulang ke Jeli, Kelantan sebelum Ramadan.

“Setiap tahun saya memang akan beli tiket lebih awal kerana saya tahu tiket bas ke Pantai Timur cepat habis. Saya lebih suka naik bas berbanding kereta api kerana ia lebih mudah dan selesa,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings