the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiket feri Langkawi laris, 74,000 terjual sempena cuti sekolah

Lebih 74,000 tiket feri ke dan dari Langkawi telah dijual untuk musim cuti sekolah, mendorong penambahan 100 trip tambahan bagi menampung permintaan tinggi.

ALOR SETAR: Sebanyak 74,000 tiket feri telah terjual untuk perjalanan antara Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi sempena cuti persekolahan.

Jualan itu merangkumi tempoh 24 hari cuti yang bermula pada Jumaat ini sehingga 11 Januari depan.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, setakat semalam, 36,000 tiket telah dijual untuk perjalanan ke Langkawi.

Sebanyak 38,000 tiket lagi pula telah dijual untuk perjalanan balik dari pulau peranginan itu.

“Kita jangka jumlah jualan akan bertambah dan waktu kemuncaknya adalah pada perayaan Krismas dan tahun baharu,” katanya pada sidang media di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.

Beliau berkata pihaknya akan menambah 100 trip perjalanan feri sepanjang tempoh cuti bagi memenuhi peningkatan permintaan.

Buat masa ini, feri beroperasi dengan lima trip sehari bagi setiap laluan.

Dua trip tambahan akan ditambah setiap hari bagi setiap laluan sepanjang musim cuti.

“Setakat ini, belum ada tambahan perjalanan pada waktu malam, tapi jika ada peningkatan penumpang lagi mungkin kita akan lanjutkan hingga 10 malam,” katanya.

Norhafiz berkata trend pembelian tiket menunjukkan peningkatan, walaupun tidak setinggi semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Orang ramai masih boleh membuat pembelian tiket secara dalam talian atau di kaunter.

Beliau menekankan pihaknya sentiasa mematuhi arahan Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan keselamatan penumpang.

Penyelenggaraan feri telah dilakukan dan penggantian perkhidmatan disediakan sekiranya berlaku masalah teknikal.

Keadaan cuaca setakat ini dilaporkan baik dengan semua perjalanan feri berjalan lancar.

Tiada perjalanan yang terpaksa berpatah balik ke laluan asal walaupun masih dalam tempoh Monsun Timur Laut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings