the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Titah Agong beri mesej jelas penerima darjah kebesaran tidak kebal undang-undang – Fahmi

KUALA LUMPUR: Amaran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum mahkamah, adalah mesej jelas bahawa mereka tidak kebal daripada undang-undang.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menjunjung kasih atas titah Sultan Ibrahim itu berkata ingatan berkenaan menunjukkan Seri Paduka Baginda mahu mereka yang menerima kurniaan tersebut supaya sentiasa menjaga peribadi dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah terutama rasuah.

“Titah Tuanku memberikan satu pedoman kepada kita bahawa mereka yang telah menabur bakti kepada kerajaan serta masyarakat secara amnya wajar diraikan dan diiktiraf, tetapi pada masa sama, pengiktirafan itu tidak bermaksud mereka kebal undang-undang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Hari-Hari Bola ‘Piala MADANI’ Lembah Pantai di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Terdahulu pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah sekiranya ada penerima yang mencemarkan nama negara atau melakukan jenayah dan telah dihukum oleh mahkamah, maka segala kurniaan itu akan ditarik balik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings