the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Titah Agong panduan MINDEF elak rasuah, salah guna kuasa berulang

MINDEF akan jadikan titah Agong sebagai pegangan utama bagi pastikan insiden rasuah dan salah guna kuasa dalam ATM tidak berulang, kata menteri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menjadikan Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong sebagai panduan utama bagi memastikan insiden salah guna kuasa dan rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berulang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peringatan tegas Seri Paduka Baginda itu diambil serius untuk menjamin integriti pasukan keselamatan negara.

“Kita menjunjung kasih akan titah serta peringatan tersebut. Kita akan pastikan ia menjadi pegangan agar apa yang kita lalui pada tahun lepas dan sebelum-sebelum ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah SASaR Residensi Sateria Sungai Besi di sini.

Dalam titah baginda sempena pembukaan Parlimen, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa kecewa susulan kes rasuah yang berlaku dalam ATM hingga ke peringkat tertinggi.

Mohamed Khaled menekankan bahawa lapan pandangan dan pendekatan tindakan telah digariskan dalam amanat tahun baharu bagi menghindari ketirisan.

“Sebab itu dalam amanat tahun baharu, saya telah gariskan lapan pandangan dan pendekatan tindakan bagi memastikan ketirisan serta salah guna kuasa dapat dihindari sepenuhnya,” jelasnya.

Pada Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Penahanan itu berhubung siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Why AI literacy matters

AI already shapes what Malaysians see online, but experts warn against blind reliance, urging critical thinking, human judgement and digital literacy in daily life for young users
spot_img

Popular Categories