the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 4, 2025
27.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trump jadikan Malaysia contoh buka laluan kereta kompak di AS

Presiden AS Donald Trump jadikan kereta kompak dari Malaysia sebagai contoh ketika umumkan pelonggaran peraturan untuk pengeluaran kenderaan kecil dan jimat bahan api di Amerika Syarikat.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menjadikan kenderaan kompak dan jimat bahan api dari Malaysia sebagai contoh ketika mengumumkan langkah menghapuskan halangan peraturan yang menyekat pengeluaran kereta kecil di negara itu.

Beliau berkata Malaysia, bersama Jepun dan Korea Selatan, menunjukkan kereta yang lebih kecil, mampu milik dan sesuai untuk kegunaan harian masih mendapat sambutan meluas.

“Jika anda ke Jepun, Korea Selatan dan Malaysia, mereka mempunyai kereta yang sangat kecil, seakan Volkswagen Beetle dahulu,” kata Trump ketika mengumumkan piawaian penjimatan bahan api baharu di Pejabat Oval pada Rabu.

Beliau menambah model kompak seperti yang lazim dilihat di jalan raya Malaysia boleh menjadi pilihan menarik buat pengguna di pasaran AS.

“Saya telah mengarahkan Setiausaha supaya segera meluluskan pengeluaran kereta-kereta berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, pengeluar automotif Asia termasuk Honda dan Toyota telah menghasilkan model kompak yang “cantik” dan terbukti popular di negara seperti Malaysia.

Setiausaha Pengangkutan AS Sean Patrick Duffy mengesahkan beliau diarahkan untuk menghapuskan sekatan peraturan bagi membolehkan kenderaan kompak dan jimat bahan api dikeluarkan dan dipasarkan di AS.

“Jika Toyota atau mana-mana syarikat ingin menghasilkan kereta yang lebih kecil, mampu milik dan jimat bahan api, laluan telah dibuka untuk mereka buat dan jual di Amerika,” katanya.

Trump baru-baru ini menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur sebelum meneruskan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan.

Related

spot_img

Latest

Indonesia Shines at ACES Awards 2025 With Outstanding Wins Across Leadership, Sustainability, and Innovation

BALI, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 4 December 2025 – Indonesia emerged as one of the strongest performers at this year's ACES Awards 2025, with multiple organisations and leaders recognised for excellence in leadership, sustainability, innovation, and community impact.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories