the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tun Dr Mahathir teruskan rawatan pemulihan tulang pinggul di IJN

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan rawatan fisioterapi di IJN untuk patah tulang pinggul tanpa pembedahan, dengan tempoh pemulihan yang lama.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau sedang menjalani pemulihan bagi tulang pinggul kanan yang patah akibat terjatuh di kediamannya pada Selasa lepas.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Tun Dr Mahathir akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur.

“Mengambil kira faktor usia Tun Dr Mahathir juga, proses pemulihan ini akan memakan jangka masa yang agak lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Tun Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak.

Beliau juga menyatakan bahawa buat masa ini, Tun Dr Mahathir tidak dibenar menerima pelawat kecuali keluarga terdekat.

Pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lepas selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Beliau disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan akibat kejadian itu.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories