the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

UTC Seberang Perai rasmi dibuka, manfaat lebih sejuta penduduk

UTC Seberang Perai di Penang Sentral dirama Perdana Menteri, beroperasi setiap hari dengan pelbagai agensi kerajaan dan kemudahan tambah nilai.

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seberang Perai di Terminal Pengangkutan Penang Sentral di sini, yang bakal memberi manfaat kepada lebih sejuta penduduk di kawasan sekitarnya termasuk sempadan selatan Kedah dan utara Perak.

Perdana Menteri yang tiba pada 3.20 petang tadi, disambut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar yang mempunyai jadual padat di Pulau Pinang hari ini meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau UTC Seberang Perai itu, yang merupakan UTC ke-24 negara dan yang kedua di Pulau Pinang selepas UTC Komtar.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan memaklumkan UTC berkenaan merupakan antara inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt tahun lepas dan direalisasikan hasil kerjasama strategik antara MoF dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Terletak di hab pengangkutan bersepadu yang mengintegrasikan KTM, bas, feri dan teksi, UTC Seberang Perai berfungsi sebagai pintu masuk penting ke Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), dan memperkukuh kedudukan Butterworth sebagai pusat tumpuan sosioekonomi di bahagian Seberang Perai.

Beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 9 malam, UTC berkenaan menempatkan pelbagai agensi utama termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, klinik kesihatan dan pergigian Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Antara kemudahan nilai tambah yang disediakan ialah Kiosk Sentuhan MADANI yang keempat di negara ini dan pertama di luar Lembah Klang, serta Hab Informasi Bantuan Tunai (Individu) yang mengurus pelbagai bantuan termasuk Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Budi MADANI RON95 dan bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Turut diperkenalkan ialah Hab Kerjaya Sektor Awam-Swasta, hasil kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan MyFutureJobs, yang membuka peluang kepada pencari kerja tempatan mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat kerjaya secara terus,” menurut kenyataan MoF.

UTC Seberang Perai direka dan dibina Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) berdasarkan kepada garis panduan daripada MoF yang akan menjadi penanda aras baharu UTC, dan berada di dalam hab Terminal Pengangkutan Bersepadu Penang Sentral, yang dimiliki MRCB.

Dari segi kemudahan operasi pula, UTC berkenaan menampilkan Sistem Penggiliran Pintar (QMS) bersepadu, ruang kerja terbuka dan peralatan moden.

Penubuhan UTC Seberang Perai menjadi penanda aras baharu kepada pusat transformasi bandar di seluruh negara, dengan penekanan terhadap prinsip kecekapan, keselesaan dan kemesraan pengguna. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings