the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita didakwa tipu ejen syarikat serah komisen hingga RM172,985

BUTTERWORTH: Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 28 pertuduhan menipu dalam urusan membekalkan barang penjualan dengan bayaran komisen, tahun lepas.

A. Puvanesvari, 51, didakwa menipu dengan memperdayakan syarikat Altrapac Sdn Bhd bahawa wujud projek pembekalan barang produk pita pelekat sehingga mendorong seorang lelaki yang juga ejen kepada syarikat itu memasukkan wang komisen antara RM1,000 hingga RM19,500 melibatkan 28 transaksi berjumlah RM172,985 kepada empat akaun bank berbeza yang dikawal tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Vista Perdana, Jalan Bagan Jermal, di sini antara 26 April hingga 24 Jun 2024 mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Marissa Safina Saiful Adli menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, namun peguam Teh See Khoon yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum.

Teh berkata wanita itu tidak lagi bekerja dan kini bergantung pada pendapatan suaminya sebanyak RM3,000 bagi menyara tiga anaknya yang masih bersekolah selain tertuduh juga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 6 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings