the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta

SEREMBAN: Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017 hingga 2022.

Pertuduhan terhadap Rozma Yunus, 56, dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli dan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Bagi pertuduhan pertama, Rozma bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa memperdaya seorang lelaki berusia 57 tahun untuk membuat pembayaran di tiga akaun bank milik tertuduh secara dalam talian berjumlah RM1,545,824 bagi pelaburan tidak wujud.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Tok Dagang, dekat sini pada 20 Ogos 2021 hingga 1 April 2022.

Majistret Nurul Saqinah menetapkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Lee Boon Shian manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur A’qilah Syarfa Nik Zaidi.

Rozma juga dituduh memperdayakan seorang wanita berusia 59 tahun untuk membuat pembayaran di dua akaun bank secara dalam talian berjumlah RM97,800 bagi tujuan sama di Taman Panchor Jaya, Paroi pada Julai 2017 hingga 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan RM20,000 serta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Majistret Syed Farid membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb ini untuk sebutan bagi kedua-dua kes.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings