the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita disyaki langgar pelajar UiTM direman empat hari

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman hingga Ahad terhadap suspek berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman.

Suri rumah yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mengalami masalah mental itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini pada 9 pagi tadi dalam keadaan seperti terpinga-pinga.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata dalam kejadian pada 7.35 malam tadi, tiga pelajar UiTM Kampus Dungun maut manakala seorang lagi rakan mereka parah selepas dua motosikal yang dinaiki mereka dirempuh suspek yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Pantai, berhadapan UiTM Dungun.

Beliau berkata tiga mangsa yang meninggal dunia adalah Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dari Muar, Johor; Ku Adib Ku Azmi, 20, dari Sungai Buloh, Selangor; dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang, Selangor.

Manakala Muhammad Amar Danish Mohammad Ridhuan, 20, dari Kuala Lumpur cedera di pinggang dan sedang dirawat di Hospital Dungun.

Wan Rukman berkata difahamkan kejadian berlaku ketika keempat-empat mangsa selesai makan malam dan dalam perjalanan pulang ke kampus.

“Siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai kurang siuman dan mangsa datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun ke Teluk Gadung.

“Ketika sampai di lokasi kejadian suspek yang berasal dari Kampung Sura Tengah, Dungun melanggar bahagian belakang motosikal mangsa menyebabkan tiga daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat patah tulang leher, cedera di kepala dan dada manakala seorang lagi masih dirawat di Hospital Dungun,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings