the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut, motosikal ditunggang berlanggar dengan SUV

BATU PAHAT: Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan berhampiran dengan Masjid Parit Bajuri, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 pagi itu, melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Beliau berkata ketika kejadian, Hamzah Buang dalam perjalanan dari arah Muar ke Batu Pahat telah dilanggar SUV dipandu lelaki tempatan berusia 46 tahun, dari arah bertentangan.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera parah di kepala dan patah kaki kanan, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat untuk rawatan, tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 7.58 pagi.

“Pemandu SUV berkenaan berjaya dikesan petang semalam dan kini ditahan untuk siasatan lanjut, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings