the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Warga emas rugi RM706,000 akibat sindiket panggilan telefon

Seorang wanita 75 tahun kerugian RM706,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia

KUCHING: Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun mengalami kerugian RM706,000 akibat sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Mangsa didakwa dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan pada 28 Ogos lalu semasa berada di rumahnya.

Suspek memaklumkan mangsa bahawa kad pengenalannya mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram.

Talian panggilan kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang berpura-pura sebagai pegawai penyiasat.

Mangsa seterusnya berhubung menerusi WhatsApp dan diarahkan memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi tujuan siasatan BNM.

Mangsa hanya sedar ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada rakan dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vantage Data Centers appoints Fitri Abdullah as country managing director to accelerate growth in Malaysia

Vantage Data Centers has named Fitri Abdullah as country managing director for Malaysia to oversee growth initiatives and support the expansion of hyperscale data center campuses across Kuala Lumpur and Johor.
spot_img

Popular Categories