the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warisan Orang Asli dan Orang Asal tonggak identiti Malaysia – Lee Lam Thye

Lee Lam Thye tekankan warisan Orang Asli dan Orang Asal sebagai asas identiti budaya, sejarah dan pemuliharaan alam sekitar negara

KUALA LUMPUR: Warisan Orang Asli mesti diiktiraf dan diperkukuh sebagai asas kepada identiti budaya, sejarah serta pemuliharaan alam sekitar, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. 

Beliau berkata Orang Asli di Semenanjung Malaysia serta Orang Asal di Sabah dan Sarawak bukan sekadar komuniti minoriti, sebaliknya penjaga nilai budaya yang tidak ternilai harganya yang wujud sebelum pembentukan Malaysia moden.

“Kita tidak berkumpul hanya menyaksikan persembahan muzik dan tarian tetapi untuk menghormati sejarah, daya tahan serta semangat Orang Asli dan Orang Asal, komuniti yang telah wujud lama sebelum pembentukan Malaysia moden,” katanya.

 Lee berkata demikian pada Festival Irama Asli & Asal 2025 yang berlangsung dari 12 hingga 14 Dis di sini, dan menghimpunkan persembahan tradisional termasuk muzik, tarian serta kraftangan masyarakat peribumi dari seluruh negara.

Beliau berkata bahasa, kemahiran pertukangan, muzik serta nilai budaya Orang Asli serta Orang Asal yang berteraskan keharmonian dengan alam semula jadi wajar dianggap sebagai khazanah negara tidak ternilai.

“Warisan ini bukan hanya untuk dipertontonkan sebaliknya perlu dihayati, dihormati dan diperkukuh untuk generasi akan datang,” katanya. 

Lee juga menekankan peranan peribumi sebagai penjaga alam semula jadi sejak sekian lama dengan pengetahuan tradisional mereka menawarkan pengajaran berharga dalam aspek kelestarian, terutamanya semasa dunia menghadapi cabaran iklim dan alam sekitar.

“Semasa dunia berhadapan krisis perubahan iklim dan alam sekitar, kebijaksanaan masyarakat peribumi untuk hidup seimbang dengan alam merupakan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Lee berterima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kerana sokongan terhadap inisiatif pemeliharaan budaya dan menegaskan sokongan berterusan penting untuk melindungi warisan peribumi.

Festival anjuran Yayasan Kesenian Orang Asli & Asal (YKOA) dengan sokongan MOTAC itu menampilkan pelbagai persembahan muzik tradisional, tarian kebudayaan dari Sabah dan Sarawak, kraftangan peribumi, permainan dan masakan etnik dengan artis serta penghibur terlibat turut berinteraksi dengan pengunjung.

Pengerusi YKOA Dr Andre Ratos berkata festival itu menyatukan Orang Asli dan Orang Asal sebagai dua tonggak warisan negara selain mempromosikan usaha pemuliharaan pengetahuan, adat serta ekspresi kreatif masyarakat peribumi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings