the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Waspada taktik baharu ‘scammer’ beri diskaun bil elektrik – Polis

IPOH: Polis mengesan taktik baharu penipuan melalui telefon dengan menawarkan diskaun pakej pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tidak wujud sejak Julai lepas sehingga menyebabkan seorang akauntan kerugian RM164,903.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata akauntan lelaki berusia 62 tahun berhubung menerusi telefon dengan seorang lelaki untuk berurusan mengenai tawaran diskaun sebanyak 35 peratus sekiranya membuat pembayaran bil pada 8 Julai lepas.

“Oleh kerana percaya dengan tawaran yang dibuat suspek, mangsa menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada pelanggan yang ingin membuat pembayaran bil elektrik melaluinya,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nasir berkata suspek meminta mangsa menghantar gambar salinan bil elektrik melalui telefon dan kemudian suspek menghantar semula gambar resit pembayaran kononnya bayaran sudah dijelaskan.

Mangsa berjaya mencari seramai 120 pelanggan yang bersetuju membuat pembayaran bermula 8 Julai hingga 27 Ogos lepas.

“Jumlah bayaran diterima mangsa daripada kesemua pelanggan kira-kira RM207,000. Daripada jumlah itu setelah ditolak keuntungan 35 peratus, mangsa melakukan 11 kali transaksi pindahan wang ke lima akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM164,903,“ katanya.

Mohamad Nasir berkata seorang pelanggan mangsa mengesahkan bil elektrik masih tertunggak setelah membuat semakan dengan pihak TNB dan mangsa seterusnya cuba menghubungi suspek namun gagal dan mengesyaki dirinya ditipu.

Beliau berkata mangsa membuat laporan polis pada Isnin lepas dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pakej pembayaran bil TNB yang tidak wujud dan ini trend terbaru ‘scammer’ menipu,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings