the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yayasan Albukhary tidak perlu merayu jika pengecualian cukai tidak dibatalkan: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mendakwa Yayasan Albukhary tidak perlu membuat rayuan berhubung pengecualian cukai sekiranya ia tidak dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang merupakan agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

Dalam pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng terhadapnya, Muhyiddin memaklumkan telah ternampak sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sekitar 2021.

Menurutnya surat itu memaklumkan bahawa kementerian berkenaan telah membenarkan rayuan yayasan tersebut terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai dan keputusan mengenakan penalti terhadap yayasan itu.

Muhyiddin juga mendakwa ternampak surat tersebut semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh itu, saya dibenarkan membuat inferens (anggapan) dan kesimpulan bahawa pengecualian cukai telah dibatalkan, jika tidak rayuan tidak perlu dibuat atau kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2021,” dakwanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Yayasan Albukhary sebelum ini telah diberi kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan terdahulu yang diterajui Barisan Nasional (BN), di bawah Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, plaintif (Lim) telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dari 21 Mei 2018 hingga 24 Feb 2020. Sebagai Menteri Kewangan, LHDN adalah di bawah bidang kuasa beliau (Lim) dan pengecualian cukai tidak diiktiraf oleh LHDN semasa plaintif memegang jawatan tersebut,” dakwanya.

Menurut Muhyiddin, semasa menjadi Perdana Menteri, beliau (Muhyiddin) telah menerima surat daripada Syed Mokhtar kepada Pejabat Perdana Menteri.

“Surat tersebut merayu terhadap keputusan LHDN yang tidak mengiktiraf pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary yang diberikan kerajaan terdahulu yang diterajui BN serta keputusan untuk mengenakan penalti terhadap yayasan tersebut.

“Saya yang bukan Menteri Kewangan dan menteri yang bertanggungjawab terhadap LHDN, telah merujuk perkara itu dengan Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk pertimbangan dan beliau telah membenarkan rayuan tersebut,” dakwanya.

Pada 27 Mac lepas, Lim memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa telah mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah membabitkan plaintif dengan isu pembatalan pengecualian cukai ke atas yayasan itu pada 9, 11 dan 12 Mac lepas di laman Facebook milik defendan.

Laporan berhubung perkara itu kemudiannya diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut mendakwa kenyataan fitnah tersebut juga bermaksud beliau telah menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN untuk mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, apabila ia tidak patut dikenakan cukai. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

A Decade of Sharing the Flavors of China: ‘Chinese Restaurant’ Stays True to Its...

CHANGSHA, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - Carrying the warmth of everyday life and the richness of Chinese civilization, Chinese Restaurant embarks on a new chapter as it celebrates its 10th anniversary.

Hong Kong universities scale global heights, cementing education hub status

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 19 June 2026 – Hong Kong universities continue to excel on the international stage with five institutions ranked among the world's top 100 and, for the first time, two in the top 20 of the 2027 World University Rankings published by Quacquarelli Symonds (QS) on June 18.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings