the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Zii Jia pilih Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Lee Zii Jia memilih bekas pemain badminton negara Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ yang baharu dalam usahanya untuk layak ke Olimpik Paris 2024.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Twitter rasmi Team LZJ hari ini memaklumkan bahawa, bekas pemain berusia 56 tahun itu, membawa bersama pengalamannya yang meluas sepanjang tempoh beliau menjadi jurulatih bersama pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan, dan juga Hong Kong.

“Beliau akan mula melatih Zii Jia sebaik sahaja proses pemindahannya dari Hong Kong ke Malaysia selesai.

“Tugas pertama jurulatih Tat Meng ialah menyediakan satu program yang dapat membantu Zii Jia mencapai prestasi konsisten, memperbaiki ranking dunia dan juga layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” menurut kenyataan itu.

Tat Meng merupakan salah seorang watak utama yang membawa skuad wanita Korea Selatan ke Piala Uber 2022 di Impact Arena di Thailand tahun lepas.

Korea Selatan menewaskan juara bertahan China 3-2, untuk merangkul Piala Uber buat kali kedua dalam sejarah, selepas memenanginya pada 2010.

Zii Jia telah beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa sejak berpisah dengan bekas jurulatihnya Indra Wijaya dari Indonesia, November tahun lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings