the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tengku Hassanal berangkat tiba di Kuching bagi lawatan lima hari

KUCHING: Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (gambar) berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi lawatan lima hari ke Sarawak.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Sepanjang lawatan kerja di bandar raya ini, baginda dijadualkan berangkat melawat ke beberapa lokasi termasuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal juga dijangka berkenan melawat Muzium Kebudayaan Borneo di sini esok sebelum berangkat ke Majlis Santapan Malam di sebuah hotel terkemuka di sini yang akan turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir menyambut ketibaan Tengku Hassanal ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datuk Buckland Bangik serta beberapa tetamu kenamaan lain. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings