the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terengganu tetapkan bonus RM2,000 untuk penjawat awam

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menetapkan pemberian bonus sebanyak RM2,000 untuk semua penjawat awam negeri tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil (gambar) berkata penetapan itu dibuat supaya selari dengan jumlah bonus yang diumumkan kerajaan pusat.

Beliau berkata pembayaran bonus kepada 14,457 penjawat awam negeri itu juga akan dibuat selaras dengan kerajaan pusat iaitu akhir Februari ini.

“Saya tahu ramai tertunggu-tunggu bonus…kita dah buat ketetapan. Seperti kata Menteri Besar…(bonus) itu adalah pentadbiran.

“(Jadi) kalau ikut pentadbiran kita ikut yang disarankan oleh Persekutuan sebanyak RM2,000. Dah tetap..tunggu masa sebelum atau akhir Februari sebagaimana yang dipekelilingkan oleh Persekutuan,“ katanya pada Majlis Pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (PADU) Bersama Penjawat Awam Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Marlini Sahul Hamid dan Pengarah Jabatan Penerangan negeri Sait Yaman.

Dalam pada itu, Tengku Farok Hussin turut menyeru semua penjawat awam negeri itu agar segera mendaftar dengan sistem PADU bagi memastikan mereka mendapat manfaat yang disediakan kerajaan.

Beliau berkata mengikut maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu, lebih 2,000 daripada 14,457 penjawat awam negeri telah mendaftar dengan PADU setakat hari ini.

“Kerajaan negeri akan memantau prestasi pengemaskinian maklumat PADU oleh lebih 14,000 pejawat awam negeri. Ini bagi memastikan tiada individu tercicir dan sentiasa dalam radar kerajaan.

“Pengemaskinian semula di sistem PADU juga perlu dilakukan bagi mendapatkan gambaran status terkini rakyat untuk kerajaan menambah baik mekanisme penentuan kumpulan sasar,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings