the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
31.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terima sogokan bulanan: SPRM tahan kakitangan Pejabat Perikanan Perlis

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang dipercayai menerima sogokan bulanan daripada sebuah syarikat dua tahun lepas.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 44 tahun itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM800 secara bulanan sebagai dorongan supaya pihak Jabatan Perikanan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh bot-bot menangkap ikan milik syarikat tersebut.

Sumber itu berkata sebanyak enam transaksi dikesan membabitkan akaun bank Pembantu Laut (Gred A19) itu sekitar 2022.

Beliau berkata suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Perlis pada 2.45 petang.

Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan bahawa permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings