the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya masih perlu menyentuh kad Touch n Go, dan melakukan transaksi SmartTAG atau RFID di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rekod perjalanan, susulan keputusan Kerajaan untuk memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan dan pengguna lebuh raya di plaza tol sistem tertutup akan turut menikmati faedah berkenaan ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh dua hari yang ditetapkan.

“Semasa pemberian tol percuma selama dua hari dilaksanakan, pengguna lebuh raya dapat menikmati faedah itu di 92 plaza tol sepanjang lebuh raya kendalian PLUS dan juga di 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura – Linkedua),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna Touch n Go supaya memeriksa status kad masing-masing, merancang perjalanan dengan teliti, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol jika terdapat pengguna menggunakan kad Touch n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

“Kepada orang ramai yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada dua hari berkenaan , PLUS menasihatkan supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh PLUS sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya pada hari Sabtu dan Ahad sempena sambutan Deepavali. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings