the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

TPM: Aidifitri harus dimanfaat bina iltizam perkukuhkan perpaduan

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini seharusnya dimanfaatkan untuk membina iltizam demi memperkukuh perpaduan dan membentuk kebersamaan sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang kehidupan, budaya, keturunan dan pegangan agama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kehadiran Aidilfitri merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana umat Islam berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.

Selain itu, ia merupakan perundangan dan madrasah agar umat Islam sentiasa memperkukuh ukhuwah dan tali persaudaraan sesama Muslimin dan Muslimat, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Marilah kita bersama-sama menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan ini sebagai lambang kejayaan umat Islam. Marilah juga kita bermaaf-maafan, melupakan sebarang sengketa agar lebaran ini lebih bermakna buat kita semua serta bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan.

“Semoga setiap langkah kita dipenuhi dengan rahmat dan berkah dari Allah SWT,” katanya di Facebook rasmi beliau malam ini.

Turut menitipkan pesanan sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengharapkan agar Aidilfitri tahun ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan dengan harapan dapat mengukuhkan ukhuwah dan mengeratkan perpaduan yang tersedia terjalin, menerusi tradisi kunjung-mengunjung.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menasihatkan perantau yang pulang ke kampung halaman agar berhati-hati ketika memandu dan berpesan bahawa keselamatan di rumah adalah sama pentingnya dengan keselamatan di jalan raya.

“Pastikan suis semua peralatan elektrik dipadam dan paip-paip ditutup rapat supaya air tidak melimpah ketika kita meninggalkan rumah. Dengan ini, barulah kita dapat menjamah ketupat dan rendang yang dihidangkan pada hari raya dengan tenang bersama keluarga tercinta,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings