the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 11, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Trump buat lawatan rasmi pertama ke Malaysia 26-27 Oktober 2025

Presiden AS Donald Trump lawat Malaysia untuk sidang kemuncak ASEAN-AS dan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Oktober 2025.

Lawatan ini dibuat bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.

Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat.

Mereka juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin akan menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.

Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan AS serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.

AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion pada 2024. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

How Huawei is Helping Build South Africa’s New Digital Highway

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 10 December 2025 - Across South Africa, millions still struggle to get online, limiting access to education, jobs, and opportunity. As the government accelerates its SA Connect broadband strategy, Huawei and Broadband Infraco are helping extend high-speed connectivity to underserved communities.
spot_img

Popular Categories