the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wooi Yik: Emas Olimpik sasaran seterusnya

PUTRAJAYA: Setelah merangkul gelaran juara dunia tahun lepas serta gelaran pertama Jelajah Dunia, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kini mengintai pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.

Wooi Yik, 25, yang sudah memiliki pingat gangsa dari Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Asia Hangzhou, ketika ini gigih menjalani latihan intensif yang diperlukan bagi mencapai matlamatnya itu.

“Latihan semakin mencabar, tapi ia sangat baik untuk persiapan menghadapi kejohanan akan datang. Ia satu proses yang perlu dilalui, saya perlu bekerja lebih keras untuk capai sasaran menjadi juara Olimpik.

“Kami akan menyertai Masters Jepun minggu depan, dan masih ada tiga kejohanan lagi tahun ini. Satu perjalanan yang mencabar, namun saya perlu kerja keras dan menang lagi,” katanya kepada pemberita selepas menerima insentif Sukan Asia daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Wooi Yik turut berharap dapat mengekalkan prestasi terbaik mereka yang kini menduduki tangga kedua ranking dunia dan juga ranking Road to Paris.

Sementara itu, perenang negara Steve Khiew Hoe Yean yang terlepas pingat gangsa Sukan Asia dalam acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki, tekad untuk meningkatkan prestasinya tahun depan dalam usaha memburu slot di Paris 2024.

“Saya kecewa kerana tewas 0.31 saat dan terpaksa berpuas hati di tempat keempat. Saya akan berusaha lebih lagi untuk kejohanan seterusnya iaitu Kejohanan Dunia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan. Saya harap dapat tiket ke Olimpik di kejohanan itu nanti.

“Sukan Olimpik adalah impian saya sejak kecil lagi, jadi saya akan cuba penuhi impian itu,” katanya.

Keseluruhan insentif berjumlah RM164,600 disampaikan kepada 99 atlet Wilayah Persekutuan yang telah menyumbang pingat buat kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di China dan Sukan SEA Kemboja 2023 dalam majlis dihadiri Ketua Pengarah Kementerian Wilayan Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim.

Sebanyak RM109,600 disampaikan kepada 59 atlet yang telah menyumbang tujuh pingat emas, 19 perak dan 24 gangsa di Sukan SEA Kemboja 2023, manakala RM55,000 lagi diberikan kepada 40 atlet yang menyumbang tiga emas, empat perak dan lima gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings