the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak pernah lupa untuk menzahirkan penghargaan kepada juruterbang dan anak kapal sebelum berangkat keluar dari pesawat khas yang dinaiki Seri Paduka.

Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama kerana sentiasa ‘acknowledged’ setiap krew kapal yang bertugas.

“Setiap kali penerbangan, Seri Paduka akan ke ruangan kokpit untuk menzahirkan ucapan terima kasih. Ucapan seperti ‘Good landing’ dan ‘Good flight’ juga sering dizahirkan selain pernah menitahkan saya untuk menjaga pesawat dengan baik.

“Keperibadian Seri Paduka berdua menjadikan setiap penerbangan begitu selesa dan semua anak kapal juga memberitahu (kepada saya) mereka rasa dihargai dan tidak akan melupakan pengalaman bertugas di pesawat Diraja,“ katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Najhan, 60, berkata demikian semasa ditemui selepas selesai menerbangkan pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua ke Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini, bagi Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka berdua ke Pahang.

Pesawat ACJ320 (Airbus Corporate Jet 320) yang dinaiki Seri Paduka berdua selamat tiba di Pangkalan Udara itu pada 11.55 pagi, dan selain Ahmad Najhan, turut bertugas pada hari bersejarah ini ialah Kapten Nazri Elias, pengurus anak kapal Syed Tariq Alsagoff bersama empat anak kapal dan seorang jurutera.

Khusus untuk hari ini, Ahmad Najhan berkata penerbangan ke Kuantan yang lazimnya mengambil masa selama setengah jam (30 minit) menjadi lebih panjang iaitu 40 minit kerana diiringi dua pesawat pejuang F/A-18 D Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain berdepan cuaca kurang baik.

Ahmad Najhan yang pernah berkhidmat dengan TUDM juga merupakan juruterbang yang menerbangkan pesawat dinaiki Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk ke Kuala Lumpur bagi melafaz sumpah dan menandatangani jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019.

Walaupun nampak tenang, anak jati Alor Setar, Kedah itu mengakui tekanan menerbangkan pesawat dinaiki Seri Paduka berdua memang dirasai, kerana menyedari dirinya telah dipertanggungjawabkan kepada keselamatan ‘individu paling penting’ negara.

“Saya juga masih ingat, pengalaman pertama membawa pesawat diraja pulang ke Kuantan selepas Seri Paduka bergelar Yang di-Pertuan Agong. Pendaratan semasa itu ‘agak sukar’ disebabkan landasan di sini (Pangkalan Udara TUDM) pendek (daripada kebiasaan).

“Seri Paduka bagaimanapun tidak murka, tetapi saya tetap memohon ampun. Seri Paduka semasa itu bertitah: ini mesti juruterbang pesawat pejuang yang mendarat,“ katanya yang yang turut menyifatkan pengalaman menerbangkan pesawat diraja sebagai penghormatan serta kepercayaan terhadap dirinya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Media startup World & New World Journal redefines global current affairs with 7-language service

World & New World Journal is expanding access to global affairs by providing free expert analyses and world leaders' speeches in seven languages, aiming to remove language and cost barriers while reaching readers in 148 countries through its multilingual platform.

Reassessing the Indus Basin water debate

Pakistan's recent water scarcity claims in the Indus Basin are contradicted by its own hydrological data showing abundant inflows and high downstream flows.

‘Rest N Go’ operator RNG Tech draws strong investor demand for IPO

Malaysia's largest vending massage chair operator, RNG Tech Bhd, is set to debut on Bursa Malaysia's ACE Market on July 7 after raising RM16.4 million from an IPO oversubscribed 7.8 times. The group commands a 66.2% market share and runs 5,611 chairs across five regional markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings