the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 lokaliti tambahan bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia tangani isu denggi

PUTRAJAYA: Sepuluh lokaliti baharu untuk pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dicadangkan bagi menangani isu nyamuk denggi dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata usaha berkenaan yang dicadangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi hari ini, memerlukan kos RM4 juta setahun untuk pelaksanaannya.

Katanya sejak 2019, pelepasan nyamuk itu dilaksanakan di 32 lokaliti membabitkan tujuh negeri, dan usaha itu telah menunjukkan keberkesanan ketara.

“Penilaian keberkesanan menunjukkan kes denggi menurun 45 peratus hingga 100 peratus berbanding sebelum pelepasan (nyamuk Aedes berWolbacha),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad kepada media selepas mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai lokaliti bagi pelepasan nyamuk berkenaan sedang diperincikan dengan pihak tertentu terutamanya kerajaan-kerajaan negeri.

Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet itu juga mencadangkan penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menjadikan pelepasan nyamuk berkenaan sebagai Projek Angkat PBT.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan juga akan meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan ‘task force’ bersama syarikat bukan kerajaan (GLC) bagi menangani isu itu.

Beliau berkata satu kertas Memorandum Jemaah Menteri akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Mengenai perkembangan kes denggi di negara ini, Ahmad Zahid berkata 123,133 kes dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 66,102 kes pada tahun 2022, meningkat 86.3 peratus.

“Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah 100 kes dilaporkan pada tahun lepas berbanding 56 kematian pada 2022,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings