the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

43 pendatang tanpa izin ditahan dalam serbuan di restoran, pusat urut

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) menahan 43 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan menerusi empat serbuan di restoran dan pusat urut sekitar daerah ini, semalam.

Pengarahnya Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua yang ditahan dalam operasi bermula 9 pagi hingga 7 malam itu berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun, terdiri daripada 34 lelaki serta tujuh wanita warga Myanmar dan dua wanita Thailand.

Beliau berkata semasa operasi di sebuah lokasi serbuan itu, seorang pegawai wanita mengalami kecederaan ringan setelah dirempuh seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, pasukan JIMNS berjaya menangkap lelaki berkenaan dalam kawasan semak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Kesemua mereka kemudiannya dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut. Lima borang Saman Kepada Saksi untuk hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kennith berkata JIMNS tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk kegiatan melanggar undang-undang dan memastikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sentiasa dilaksanakan.

Katanya, operasi penguatkuasaan di seluruh Negeri Sembilan dijalankan secara berterusan bagi menangani masalah terbabit selain mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings