the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

97 individu terima Darjah, Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor esok

SHAH ALAM: Seramai 97 individu menerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) pada esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim menerusi kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu, seorang individu menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) dan seorang lagi dianugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (D.K. II).

Haris berkata seramai tiga individu menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Seri’ bagi wanita.

Beliau berkata dua individu pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka Setia’ bagi wanita.

Sebanyak sembilan individu menerima Darjah Kebesaran – Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi ahli lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.

“Sebanyak 13 individu lain menerima Darjah Kebesaran Datuk – Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita,” katanya.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran – Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 15 penerima manakala 13 individu dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima, Darjah Kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 16 orang, Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor kepada dua orang dan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) kepada tujuh individu.

Haris berkata kerajaan negeri menerima 2,762 pencalonan tahun ini dan daripada jumlah itu, 1,032 ialah pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 1,730 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.

Kesemua 97 individu itu, katanya telah melepasi tapisan Polis Diraja Malaysia (Keselamatan dan Jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings