the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aaron: Tiada rancangan ubah struktur Rukun Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara tidak merancang untuk membuat sebarang perubahan struktural kepada Rukun Negara, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang (gambar) berkata ini kerana, kesemua cita-cita dan prinsip sedia ada telah mencukupi bagi melahirkan rakyat Malaysia yang penuh jati diri dan patriotik.

“Bagi menterjemahkan roh dan semangat Rukun Negara, Jemaah Menteri pada 25 Jul 2023 telah memutuskan supaya lafaz ikrar Rukun Negara kini dibaca penuh bermula dengan mukadimah, diikuti lima prinsip Rukun Negara di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan di seluruh negara, sebagai usaha menyemai taat setia dan rasa cintakan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Aaron berkata pada persidangan Dewan Rakyat kali ini juga, buat julung kalinya lafaz ikrar Rukun Negara telah dilaksanakan menunjukkan komitmen kementeriannya meningkatkan penghayatan Rukun Negara, serta menjadikan Ahli Parlimen sebagai teladan kepada generasi muda.

“Usaha ini akan diteruskan di peringkat Dewan Negara dan kementerian juga bercadang agar pelaksanaan ini turut diperluas kepada semua Dewan Undangan Negeri dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu Aaron berkata Kementerian Perpaduan Negara telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi pelaksanaan aktiviti perpaduan melalui sukan dengan tema ‘Sukan Menyatukan Kita’.

“Pada tahun 2023, melalui Geran Padanan Sukan, kementerian telah meluluskan geran padanan sebanyak RM8,864,409.00 bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti sukan perpaduan.

Melalui inisiatif itu juga Aaron berkata kementerian telah menganjurkan Liga Sukan Uniti melibatkan empat acara iaitu futsal, bola jaring, badminton serta bola keranjang dan program itu telah berjaya melibatkan penyertaan seramai lebih 15,000 rakyat Malaysia. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings