the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, October 15, 2026
32.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abdul Wahab dipanggil ke Bukit Aman hari ini

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani (gambar) hari ini hadir di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti ‘Mr. H’, individu yang mengarahkannya merakam perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Peguamnya, Faizal Rahman yang memaklumkan perkara itu kepada pemberita berkata Abdul Wahab tampil memberi keterangan pada pukul 11 pagi, sebelum selesai berbuat demikian lebih tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun Abdul Wahab belum bersedia untuk bertemu wartawan dan sekarang saya hadir bagi memberi sedikit maklumat terkini.

“Beliau (Abdul Wahab) juga masih dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan bantuan perubatan susulan kemurungan yang dialaminya baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman, di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai identiti ‘Mr. H’, Faizal mengesahkan individu itu masih bertugas di J-KOM dan memegang jawatan di jabatan itu, namun enggan mengulas lanjut.

Pada masa yang sama, Faizal berkata Abdul Wahab juga akan membuat laporan polis dalam tempoh terdekat, berhubung penyebaran video berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan polis telah merakamkan keterangan daripada Abdul Wahab berhubung ‘Mr H’.

Sebelum ini Razarudin meminta Abdul Wahab tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu, selepas ‘Mr H’ hadir memberi keterangan pada 23 Nov lepas.

Pada 20 Nov lalu, Agus dan Wahab membuat sidang media khas berhubung video perbualan mereka yang tular di media sosial dengan mendakwanya telah disunting.

Dalam sidang media itu Abdul Wahab turut memaklumkan perbuatan merakamkan perbualan itu dilakukan setelah diarahkan berbuat demikian oleh ‘Mr H’. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia will not offer cheap power and water to data centre operators – Johari

Malaysia will not allow foreign data centre operators to exploit its electricity and water resources without delivering meaningful benefits to the country, Investment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani told the Dewan Rakyat today.

Most Viewed

spot_img