the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Syihan: Malaysia mesti kutip tiga mata berdepan Jordan

DOHA: Malaysia tidak mempunyai pilihan selain meraih kemenangan, untuk mencerahkan peluang melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik ketika bertemu Jordan, pada perlawanan pertama Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, Isnin depan (Selasa, 16 Jan waktu Malaysia).

Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (gambar) berkata tiga mata bertemu skuad yang diberi julukan The Chivalrous Ones itu mustahak, serta mampu mengurangkan tahap tekanan sebelum bertemu Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.

“Perlawanan pertama kena menang, kena kutip mata…kenapa kena menang dengan Jordan sebab kita kena ambil peluang ini untuk melangkah ke (peringkat) seterusnya, kita tak nak duduk setempat saja,” katanya ketika ditemui media Malaysia di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata motivasi pasukan berada pada tahap terbaik menjelang pertembungan dengan Jordan, selepas berjaya mengikat Syria 2-2 pada aksi pemanas badan di sini, Selasa lepas.

Beliau berkata sewaktu bertemu Syria, kesemua pemain yang diberikan peluang beraksi telah menunjukkan komitmen tinggi, dalam menjayakan segala perancangan jurulatih Kim Pan Gon.

“Semua pemain bagi yang terbaik dan set mental serta diri untuk perlawanan pertama nanti,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Malaysia dijangka tidak mendapat laluan mudah dalam misi memburu kemenangan, apabila rekod pertemuan lima aksi terakhir sejak 1988 berpihak Jordan, dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan Jordan menang 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 2021.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa, anak buah Pan Gon berpeluang mencipta kejutan selepas tidak tewas dalam tiga perlawanan terakhir, sementara Jordan merakam satu kemenangan dan dua tewas termasuk dibelasah Jepun 6-1 pada aksi pemanas badan di sini, Selasa lalu.

Sebagai rekod, Jordan yang dibimbing pengendali dari Morocco Hussein Ammouta pasukan di ranking dunia ke-87, sementara Malaysia di kedudukan ke-130.

Dalam pada itu, Ahmad Syihan terharu selepas menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat daripada bekas penjaga gol skuad kebangsaan, antaranya rakan sepasukan di JDT Mohd Farizal Marlias dan penjaga gol Selangor FC Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid.

“Ramai penjaga gol di Malaysia beri semangat kepada kami (tiga penjaga gol) di sini, mereka bagi sokongan dan kongsi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Sebagai penjaga gol, kita perlu ambil pengalaman orang lain, kerana daripadanya kita boleh lebih maju,” katanya.

Selain Ahmad Syihan, Pan Gon turut menyenaraikan dua lagi penjaga gol iaitu Muhammad Azri Ghani dari Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, yang merupakan penjaga gol Selangor FC yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC musim lalu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings