the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah zahir penghargaan kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesudian menerima kehadiran Seri Paduka berdua dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menerusi hantaran dalam Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas sokongan serta kasih rakyat kepada baginda berdua.

“Sesungguhnya, ia menjadi sumber kekuatan dan dorongan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Ketua Utama Negara sejak 31 Jan 2019.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa syukur kerana amanah dan tanggungjawab yang digalas, dilaksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati baginda.

“Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong bertitah, baginda berdua menamatkan tempoh pemerintahan dengan perasaan yang sedih kerana perpisahan ini, namun dengan perasaan gembira kerana berangkat pulang untuk bersemayam di Pahang Darul Makmur bersama dengan rakyat,” menurut hantaran berkenaan.

Menurut hantaran itu, Seri Paduka menyeru seluruh rakyat supaya menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat serta kehamonian yang dinikmati di negara ini dengan sepenuh hati.

Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama baginda berdua mendoakan agar rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan, kemakmuran dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah, serta dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berpanjangan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings