the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas

SEREMBAN: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan di sini tengah hari tadi.

Kemalangan pada kira-kira 1 tengah hari itu menyebabkan Koperal Mohd Nadzri Ibrahim, 38, dari cawangan pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bahau menuju ke tempat bertugas di IPD Jempol sebelum motosikalnya berlanggar dengan sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu anggota tersebut cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoo berkata pemandu treler terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman akan dilakukan esok. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings