the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada penyanyi kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail yang menderita masalah paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.

Sumbangan itu disampaikan oleh setiausaha politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarah penyanyi itu di kediamannya di Bandar Salak Tinggi, Selangor semalam.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-Allah,“ kata Anwar menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini.

Anwar berkata beliau juga difahamkan Mohd Ali sekeluarga kini bergantung kepada jualan produk maruku yang diusahakan isterinya, yang boleh dihubungi di talian 011-70700885.

Sebelum ini media tempatan melaporkan Mohd Ali, 56, pernah diserang penyakit angin ahmar dua tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings