the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar, Wan Azizah bertemu aktivis kemanusiaan Muhammad Nadir Al-Nuri sekeluarga hari ini

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan bertemu dengan aktivis kemanusiaan Muhammad Nadir Al-Nuri bersama keluarganya di Kompleks Seri Perdana.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata beliau bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pertemuan itu berasa gembira melihat Muhammad Nadir sekeluarga yang kini berada dalam keadaan baik selepas melalui penderitaan yang panjang di Semenanjung Gaza.

“Kami berbicara panjang terkait penderitaan rakyat Palestin, pendirian Malaysia serta pengalaman anggota keluarganya keluar dari zon konflik sebelum pulang ke Malaysia.

“Saudara Nadir turut berkongsi kisah yang begitu mengesankan, anak-anaknya teruja melihat telur dan tembikai ketika mula sampai ke Malaysia kerana sudah berbulan lamanya tidak dapat menikmati makanan asas itu akibat situasi perang yang terus memburuk di sana,” katanya.

Selain itu, Anwar turut menitipkan doa kepada Muhammad Nadir dan keluarganya agar dapat meneruskan kehidupan dengan tenang.

“Insya-Allah, saya akan terus membantu sedaya upaya dalam memudahkan urusan menyalurkan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada rakyat Palestin,” katanya.

Selain itu, Anwar turut memuat naik beberapa foto bersama Wan Azizah dalam sesi pertemuan bersama keluarga aktivis kemanusiaan itu yang diadakan pada hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings