the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Balu tentera maut kemalangan terima manfaat Perkeso

SUNGAI PETANI: Balu Lans Koperal Mohd Hafiz Haris yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk tiga trak tentera di Gurun pada 2 Feb, menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat, daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Kedah Rak Boon Tan Rat berkata manfaat tersebut layak diterima, kerana sebelum berkhidmat sebagai anggota tentera, Allahyarham pernah mencarum dengan Perkeso semasa bekerja di beberapa syarikat.

“Arwah mula mencarum dengan Perkeso sejak 1 Dis 2011 dengan caruman permulaan RM3.80 mengikut pootongan gaji dan caruman yang ditetapkan.

“Sepanjang enam tahun bekerja dengan tujuh syarikat berlainan (sebelum berkhidmat sebagai tentera), arwah mempunyai 59 bulan caruman dengan kelayakan satu pertiga caruman bagi tuntutan faedah yang disediakan oleh Perkeso,” katanya selepas menyerahkan bayaran faedah tersebut kepada balu Allahyarham, Nor Hasni Ishak, 32, di rumah keluarganya di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau dekat sini hari ini.

Rak Boon berkata balu Allahyarham menerima RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Mayat dan pencen Penakat RM330 sebulan, akan dibayar secara berkala sepanjang hayatnya.

Sementara itu Nor Hasni berkata beliau sangat bersyukur dengan manfaat yang diterima, memandangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa.

“Saya berhenti kerja selepas berkahwin. Buat masa ini saya masih tinggal dengan keluarga arwah suami dan selepas habis tempoh edah, saya akan cuba cari kerja,” katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.

Pada 2 Feb, tiga anggota tentera berusia 30 hingga 40 tahun disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada 10.45 pagi, terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Mohd Hafiz.

Ketiga-tiga anggota tersebut dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis.

Kemalangan berlaku apabila salah sebuah trak tentera yang dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah trailer di lokasi kejadian.gsaan (SK) Ulu Slim, Slim River and SK Kumpulan Ganda, Teluk Intan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings