the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bandung isytihar kecemasan banjir sehingga 20 Jan

BANDUNG: Kerajaan daerah Bandung, Jawa Barat, mengisytiharkan status respons kecemasan dari 13 Jan hingga 20 Jan 2024 yang mewajibkan semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap risiko banjir, lapor Agensi Berita ANTARA.

“Status respons kecemasan terhadap bencana banjir telah diwujudkan sejak tiga hari lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah menyediakan dapur awam dan sebagainya,“ kata pegawai daerah Bandung, Dadang Supriatna, di sini pada Isnin.

Supriatna berkata status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.

“Penentuan status respons kecemasan bencana boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan,” katanya.

Menurut Supriatna, penentuan status kecemasan itu sebagai langkah mengendalikan banjir dan bencana hidrometeorologi lain yang memberi kesan kepada kawasan itu sejak 11 Jan 2024.

Sementara itu, Ketua BNPB, Suharyanto berkata pihaknya telah menyediakan bantuan sebanyak Rp350 juta bagi menyokong pengendalian banjir di daerah Bandung. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN chief says campaign claims don’t reflect reality

Barisan Nasional chairman Ahmad Zahid Hamidi dismisses claims of a lacklustre campaign as political perception, insisting the coalition's machinery is in full swing for the Johor state polls.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings