the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir kembali landa Johor, empat daerah terjejas

JOHOR BAHRU: Banjir kembali melanda Johor susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, menyaksikan empat daerah terjejas setakat 2 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Azmi Rohani berkata kesemua daerah itu ialah Kluang, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi dengan 330 orang daripada 70 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata di Kluang 44 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Contoh, Kahang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Kluang manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di Mersing masing-masing menempatkan 25 orang daripada enam keluarga serta 27 orang daripada lima keluarga.

“Di Johor Bahru, 234 orang daripada 45 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat berlindung di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya manakala jumlah mangsa banjir yang berada di PPS Dewan Kampung Sungai Tiram sedang dikemas kini.

“Sebanyak dua PPS telah dibuka di Kota Tinggi iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan Dewan Pasak Indah, namun jumlah mangsa juga sedang dikemas kini,” katanya.

Sementara itu, laluan di Felda Semenchu (Rumah Pam) dan Teluk Sengat di Kota Tinggi ditutup kepada semua kenderaan susulan air naik hingga 0.75 meter dan arus deras manakala Jalan Kota Tinggi-Kluang (Batu 25), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas (Sungai Semalok) dan Jalan Lukut Cina-Batu Ampat (Taman Aman) pula hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Di Mersing laluan ditutup melibatkan jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru- Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Sungai Kahang di Kampung Contoh pula telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 14.52 meter (m) manakala Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai pada paras amaran dengan 18.89m. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings