the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bas Rapid KL terbakar, enam penumpang selamat

KUALA LUMPUR: Sebuah bas Rapid KL yang membawa enam penumpang berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bas laluan Taman Mulia Jaya menghala Lebuh Ampang itu terbakar pada jam 10.52 pagi.

“Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan kenderaan untuk menurunkan penumpang dan mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan alat pemadam api.

“Kapten bas dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan pada harta benda awam dilaporkan serta bas terbabit ditunda ke depoh pada 12.08 tengah hari tadi,” menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian terbabit dan akan memberikan kerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan sepenuhnya bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Fahbell Md Yasin berkata seramai sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati bahagian belakang bas terbabit terbakar 50 peratus.

“Kebakaran dipadam sepenuhnya pada jam 11.07 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings