the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batu kokol di Kelantan

KOTA BHARU: Satu kematian melibatkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan sehingga minggu ke-12, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kematian itu dikesan di Tanah Merah pada bulan lepas.

Beliau berkata setakat semalam sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh negeri iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).

“Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, di sini.

“Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) tahun lepas hanya terdapat satu kes Pertussis,” katanya.

Jelasnya, perbandingan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.

“Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya melibatkan bayi berumur antara satu hingga lima bulan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata tahun lalu terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan kes sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada Minggu Ke-35.

Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings