the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi lelaki maut dalam kemalangan babit enam kenderaan

JASIN: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan termasuk sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 184 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata Mohamad Sufyan Mohamad Shahizwan, yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Melaka kira-kira 2.55 petang.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi tadi, tujuh individu terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan terlibat turut cedera ringan seperti luka di bahagian kaki dan tangan selain sakit dada, tengkuk dan belakang badan ekoran pelanggaran.

“Kira-kira 11.08 pagi tadi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan jalan raya yang membabitkan enam kenderaan iaitu sebuah lori, pacuan empat roda jenis Ford Ranger, Perodua Myvi, Mercedes Benz, treler membawa muatan kereta dan Perodua Ativa.

“Siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, keenam-enam kenderaan terbabit menghala ke selatan namun sebaik sampai di lokasi kemalangan, treler berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh Perodua Ativa yang berada di lorong kiri,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Perodua Ativa berkenaan dipandu bapa bayi lelaki itu, Mohamad Shahizwan Abd Hamid, 35, yang merupakan anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang berada dalam kerusi bayi di bahagian belakang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ahmad Jamil, Mohamad Shahizwan dan anaknya, Mohamad Safwan, 3, tidak mengalami kecederaan manakala isterinya, Nurmadiha Nisa Suhaimi, 34, mengalami sakit badan.

Beliau berkata keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kluang, Johor untuk mengadakan kenduri akikah bayi lelaki berkenaan.

Treler berkenaan, katanya turut merempuh empat lagi kenderaan terlibat dari arah belakang selepas merempuh Perodua Ativa itu.

Pemandu treler berusia 39 tahun itu ditahan di Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami tekanan darah rendah dan sampel darahnya turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

Kemalangan itu disiasat lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings