the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu

SIBU: Seramai 10 orang cedera termasuk empat melecur dalam kebakaran melibatkan tangki ‘Bottom Reactor’ di sebuah kilang dimiliki pelabur asing di Taman Perindustrian Samalaju, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Bintulu, hari ini.

Beberapa rakaman video berkaitan kejadian itu yang ditularkan di media sosial menunjukkan letupan dan bebola api yang besar di udara serta asap tebal dari kilang tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada jam 6.24 petang.

“Bagaimanapun, kebakaran berjaya dikawal dan dipadam Pasukan Bertindak LKecemasan (ERT) kilang tersebut sebelum ketibaan bomba.

Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

“Pengurusan kilang maklum hanya memerlukan bomba dilokasi untuk bersedia,”katanya.

Jurucakap itu berkata pihaknya tidak mempunyai butiran terprinci kesemua mangsa berkenaan berikutan pemilik kilang tersebut tidak mendedahkan butiran malah gambar kejadian tidak dibenarkan dirakam.

Sebaik sahaja menerima panggilan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju telah digerak dan tiba di lokasi pada jam 6.28 petang melibatkan jarak perjalanan lima kilometer.

Menurutnya kebakaran sudah terkawal jam 7 malam oleh pihak syarikat dan pihak bomba berada di lokasi sehingga sekitar jam 10.30 malam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings