the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

1MDB: Amhari pegawai awam yang korup – Peguam Najib

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin adalah pegawai awam yang korup kerana secara sedar menerima ‘pinjaman’ US$200,000 daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan perkara ini pada akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini.

“Amhari mempunyai banyak sebab untuk melepaskan dirinya daripada tuduhan bersubahat dengan Jho Low dan untuk menyalahkan Najib. Kredibiliti beliau (Amhari) boleh diselamatkan jika kesalahannya adalah berpunca daripada arahan atau kelulusan pihak atasannya, dan bukannya motif rasuah peribadi.

“Amhari muncul sebagai saksi dengan minda yang sudah diprogram, seolah-olah ‘satu cip telah diprogram dalam kepalanya’. Dia terpaksa berkata semua itu kerana dia telah menerima rasuah daripada Jho Low,“ kata peguam bekas perdana menteri itu.

Pada 2019, Amhari memberi keterangan bahawa dia mengambil wang daripada Jho Low untuk membeli hartanah RM1.85 juta di Kota Damansara, Selangor. Malah dia mengaku tiada perjanjian ditandatangani antara dia dan Jho Low berhubung pinjaman itu.

Menyentuh mengenai penubuhan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) yang kemudiannya dinamakan sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Muhammad Shafee berkata Najib tidak pernah terlibat dalam penubuhan TIA.

“Sekiranya Amhari telah menghadiri mesyuarat itu atas kapasiti rasminya sebagai pegawai khas Najib, tiada rekod atau minit dikeluarkan untuk membuktikan ia telah berlaku. Peserta lain dalam mesyuarat itu tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi mengesahkan kehadiran Amhari,” katanya.

Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB, dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 hingga 19 Dis 2014 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Bekas Menteri Kewangan itu berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img