the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

405 Pengamal media terima manfaat Tabung Kasih@Hawana- Fahmi

PUTRAJAYA: Seramai 405 pengamal media di seluruh negara telah menerima manfaat menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA sejak dilancarkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 2023.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata lebih ramai pengamal media disasarkan untuk menerima bantuan itu menjelang sambutan HAWANA 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) Sabtu ini.

“Kita akan bantu bukan sahaja lebih ramai, tetapi (termasuk) mereka yang pernah menerima sumbangan sebelum ini.

“Sekiranya ada yang perlu kita santuni dan sampaikan bantuan tambahan…Saya akan minta supaya (perkara) ini diteliti,” katanya kepada pemberita.

Fahmi berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada editor foto News Straits Times (NST) Ikhwan Munir, 50, yang sedang menjalani rawatan kanser usus di Hospital Putrajaya, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima Jasbant Singh.

Fahmi berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku pengelola Tabung Kasih@HAWANA akan terus memantau keperluan bapa kepada dua anak yang berusia tujuh dan 23 tahun itu.

“Saudara (Ikhwan) kini berdepan dengan ujian kesihatan sejak beberapa minggu lepas, maka isteri tidak (boleh) bekerja. Insya-Allah, Bernama akan terus memantau untuk melihat sekiranya kita perlu memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan selepas ini kepada saudara Ikhwan,” katanya.

Sementara itu Fahmi berkata beliau turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Putrajaya mengenai liputan telekomunikasi dan capaian Internet di fasiliti kesihatan itu.

“Mereka berpuas hati, tetapi di ‘wing’ baharu mereka mengatakan ada sedikit masalah dengan satu daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), jadi saya akan minta telco ini untuk datang dan bantu mengoptimumkan perkhidmatan mereka,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings