the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

950 pemohon PPR DI Perak berstatus calon simpanan – Exco

IPOH: Jumlah pemohon Program Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini yang masih dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.

Beliau berkata secara umumnya, kesemua 16 PPR di seluruh Perak yang membekalkan sejumlah 2,876 unit rumah mempunyai permintaan tinggi, justeru keadaan itu menyebabkan kebanyakan pemohon terpaksa dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Bagi mengekalkan PPR sebagai rumah transit untuk membantu lebih ramai rakyat dalam jangka masa panjang, serta dalam usaha memendekkan tempoh menunggu, telah diluluskan keputusan untuk kenaikan kadar sewa setiap kali pembaharuan kontrak sewaan iaitu tempoh dua tahun,“ katanya katanya pada sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurutnya lagi keputusan itu berkuat kuasa bermula 1 Jan 2024.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Chai Yi (PH-Simpang Pulai) yang mahu tahu jumlah pemohon masih menunggu giliran mendiami PPR, jumlah tunggakan sewa PPR dan usaha tangani penyewa yang culas bayar serta usaha kerajaan negeri menambah baik kemudahan PPR.

Sementara itu, Sandrea berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mewujudkan pasukan task force sebagai langkah bagi menangani penyewa yang culas membayar sewa bagi memastikan kelangsungan pentadbiran PPR, dengan tindakan mahkamah terhadap penyewa sebagai langkah terakhir dipertimbangkan.

Beliau berkata pada 2023, usaha itu dilihat membuahkan hasil apabila kutipan tunggakan meningkat kepada RM1,428,920 (RM1.4 juta) berbanding kutipan pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM919,334. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Oldham, Li & Nie Launches Family Office Services to Support International Families in Hong...

Oldham, Li & Nie (OLN) is pleased to announce the launch of its dedicated Family Office Services practice, expanding its capabilities in private wealth, trusts, succession planning, and cross-border structuring to meet the growing needs of international families.

XPPen Strengthens Its Commitment to Animation with 2026 Annecy Festival Residency Partnership and MIFA...

XPPen, a global leading brand in digital art innovation, continues its support for the Annecy International Animation Film Festival in 2026 through its partnership with the Annecy Festival Residency, while showcasing its latest product lineup at MIFA 2026.

VinFast honored for investor relations excellence at the Asian Excellence Awards 2026

At the Asian Excellence Awards 2026 ceremony held in Hong Kong, VinFast was recognized with three prestigious awards, including Best Investor Relations Company and two individual honors.

Berjaya Property, China’s Wanli Tire in US$320 million tyre-manufacturing joint venture

Companies to establish high-performance, state-of-the-art facility in Bukit Tagar, Selangor

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings