the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Abd Muhaimin Malek diumum calon PN bagi PRK Ayer Kuning

TAPAH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah Abdul Muhaimin Malek, 43, diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pengumuman Calon PN di Padang Awam, Tapah Road malam Selasa (April 8).

“Kita telah membuat kajian di semua lapisan masyarakat … tentang ciri-ciri pemimpin atau calon yang diinginkan oleh rakyat Ayer Kuning.

“Pimpinan PAS, hasil tapisan mengikut keutamaan pada syarat dan kelayakan yang ditentukan, Majlis Syura Ulama PAS bersama pimpinan PN telah membuat keputusan memilih Abdul Muhaimin sebagai calon kita untuk Ayer Kuning,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah merupakan anak jati Ayer Kuning mampu merampas kerusi itu yang disandang Barisan Nasional (BN).

Turut hadir Presiden Parti Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semalam, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini pula sekali lagi memilih Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS sebagai calonnya pada PRK itu.

PRK Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings