the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong berkenan dengar Taklimat Persediaan Hadapi Banjir 2023/2024 Pahang

ROMPIN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Tahun 2023/2024 Pahang di Taman Negeri Rompin di sini hari ini.

Taklimat tertutup selama lebih sejam yang bermula 9.45 pagi itu disampaikan oleh Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Zulkifli Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri serta ketua jabatan pelbagai agensi yang berkaitan pengurusan banjir juga menghadiri taklimat itu.

Seri Paduka pada sesi taklimat itu menitahkan semua pihak untuk membuat persiapan sebaiknya dan mengambil berat tentang aspek kebersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mereka yang terjejas bencana tersebut.

Pada sesi taklimat itu, Seri Paduka disembah maklum bahawa sebanyak 763 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko banjir dengan Temerloh dan Jerantut merupakan daerah pertama dan kedua tertinggi berisiko selain 290 lokasi berisiko berdepan masalah jalan terputus kerana dinaiki air.

Ini berdasarkan jangkaan jumlah hujan bulanan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang antara lain menjangkakan Kuantan, Pekan dan Rompin akan menerima hujan pada skala sederhana-tinggi pada bulan ini disusuli skala sangat tinggi pada Disember manakala daerah lain diramalkan menerima hujan pada skala sederhana sepanjang Monsun Timur Laut.

Sebagai persediaan, 159 pangkalan hadapan telah dipersiapkan serta 856 PPS dengan kapasiti boleh menampung 166,295 orang disediakan di semua daerah, selain 264 lokasi pendaratan helikopter dikenal pasti bagi misi penyelamatan dan penghantaran bantuan jika penggunaan aset udara diperlukan.

Bagi penugasan semasa banjir, Al-Sultan Abdullah disembah maklum bahawa Jawatankuasa Kecil Pemindahan dan Menyelamat Mangsa Banjir Pahang mempunyai 5,770 pegawai dan anggota daripada 13 agensi dengan 693 kenderaan darat dan 232 aset air sedia digerakkan apabila bencana itu berlaku.

Bagi aspek kesihatan, Seri Paduka dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Pahang telah mengenal pasti 24,222 individu yang berisiko memerlukan fasiliti kesihatan pada musim banjir, antaranya mereka yang dijangka melahirkan anak, individu yang memerlukan bekalan ubat berterusan dan pesakit terlantar.

Terdahulu, sebelum taklimat bermula, Seri Paduka berkenan mencemar duli melepaskan 70,015 ekor benih ikan air tawar daripada spesies kelah, lampam sungai dan terbul di Sungai Kincin yang terletak dalam taman negeri itu.

Benih ikan tersebut diperoleh dari dua pusat pengembangan akuakultur di Pahang iaitu di Perlok, Jerantut dan Bukit Tinggi, Bentong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings