• 2025-09-29 08:11 PM

PUTRAJAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera).

Turut dijangka terjejas ialah Selangor (Kuala Langat, Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar).

Di Sarawak, kawasan terbabit termasuk Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah meliputi pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort) serta Pantai Barat (Putatan).

Turut dijangka terkesan ialah Wilayah Persekutuan Labuan - Bernama