the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anak lelaki Abdul Taib kongsi kenangan manis bersama bapa

KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud merupakan seorang yang sangat komited terhadap kerja, kata anak lelakinya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

Mahmud Abu Bekir yang mengimbau kenangan bersama Abdul Taib berkata bapanya selalu pulang lewat dari kerja dan tugas menjaga anak-anak dipikul ibu mereka Allahyarham Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib.

Menurut beliau, walau sepenat mana sekalipun, Abdul Taib akan cuba meluangkan masa bersama anak-anaknya.

“Setiap kali beliau pulang, mukanya nampak penat, namun beliau sempat membawa kami menonton wayang atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas istiadat pengebumian jenazah Abdul Taib di tanah perkuburan keluarga di Demak Jaya di sini hari ini.

Mahmud Abu Bekir berkata Allahyarham bapanya pernah tertidur di dalam panggung wayang hingga berdengkur sewaktu menonton filem pertarungan Wuxia.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings