the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anggota polis parah ditikam di Pasar Pudu, suspek ditahan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera parah selepas ditikam menggunakan pisau oleh seorang lelaki di Pasar Pudu, Jalan Yew, di sini tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kejadian berlaku ketika anggota polis lelaki itu sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bersama empat anggota polis lain.

“Ketika mangsa memeriksa suspek, suspek bertindak mengeluarkan pisau dan menikam perut mangsa. Suspek kemudian melarikan diri manakala mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun sejurus selepas kejadian.

Hasil pemeriksaan lanjut terhadap lelaki itu, polis merampas sebilah pisau berukuran 21.5 sentimeter dan tiga peket plastik lut sinar berisi serbuk serta ketulan kekuningan disyaki dadah.

Mohamed Usuf berkata lelaki itu akan direman esok untuk siasatan di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Asp Mohd Firdaus Sharil melalui talian 012-3388 164 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img