the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anggota tentera maut, seorang hilang dalam operasi di Pulau Mataking

SEMPORNA: Seorang anggota tentera ditemukan meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan operasi di Pulau Mataking dekat sini.

Markas Angkatan Tugas Bersama 2 dalam kenyataan memaklumkan anggota tentera yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah berusia 20 tahun.

Mangsa yang hilang pula ialah Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar berusia 27 tahun.

Dua anggota tentera berkenaan sedang melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di Pulau Mataking sebelum dilaporkan hilang.

Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan pasukan sahabat.

Kenyataan itu turut memaklumkan kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebarang perkembangan berkenaan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menurut Markas Angkatan Tugas Bersama 2. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories